...Arini genapla 6 thn abah pg meninggalkan kami... jam 8.10 am rabu 04/06/2003 abah menghembuskan nafasnya yg terakhir...
(isnin, 02/06/2003, 8.30 pm) sedang kami asyik menonton tv sambil mkn2 brsama, abah mengadu skt dada, abah mintak mak sapukan minyak angin kat dada dia...
(selasa, 03/06/2003, 3.00 am) abah kejut mak dr tido, dia kata dada dia skt lagi, mak sapukan lagi minyak angin, tp abah kata kali ni skt sgt2, dia da xle thn da, mak pun kejut abg n suruh abg kejut aku, abg bergegas hantar abah ke wad kecemasan HSA, aku nk ikut ms tuh tp abah n abg x bg, dorg suh teman mak kat umah, ms tuh angah tgh mengandungkan aiman 8 bulan, kesian abah, lama betul dia kena tunggu kat wad kecemasan tuh sbb dorg kata abah masih lum kronik coz abah masih bole duduk atas kerusi roda, padahal ms tuh abah tgh skt sgt2, abah sbr menahan skt, dlm kol 5 am barulah abah dimasukkan ke wad HDU,
(selasa, 03/06/2003, 7 am) kebetulan ms tuh aku still lagi cuti semester, aku n angah pg ke HSA utk tgk keadaan abah, abah senyum, lgsg x tunjuk yg dia tgh sakit, abah ckp kat aku "boleh tlg lapkan abah sbb abah x sempat mandi la ms nk pg hspital td", aku jwp "bole, nnti a'h lapkan abah ye", abah ckp lagi "a'h bole tlg jg abah kat hspital, dulu a'h jg mak kan, skrg jg abah plk, bole?", aku jwp "bole abah, a'h akan jg abah eh", pastuh doktor panggil abg, angah & aku, doktor ckp yg keadaan abah sgt kritikal sebenarnya, 2 saluran jantungnye da tersumbat, dorg mintk permission utk wat pembedahan segera, dgn berat hati kami merelakannya, Ya Allah, sungguh hebat dugaan yg kau berikan kpd kami, x tertanggung rs nye tp kami kena kuat krn abah memerlukan kami ketika itu
(selasa, 03/06/2003, 12.30 pm) dgn berat hati kami tolak katil abah ke bilik pembedahan, abah masih lagi x menunjukkan kesakitan yg dialaminya, sungguh2 abah xnak sushkan hati kami, kuatnya abah & itulah kali terkhir kami dpt mendengar suara abah kerana slps itu abah ditidurkan utk merehatkannnya, sungguh x tertahan air mata nih tgk byk sgt wayar yg berselirat di badan abah ms tuh, sedihnya, kami mmg x sgka selama ni abah menghidapi mslh jantung yg kronik krn abah x penah lgsg tunjukkan kesakitan nye kpd kami, sayangnya abah pd kami sehingga lgsg x mahu menyusahkan kami
(selasa, 03/06/2003, 8.30 pm) doktor kata berdoala semoga abah dipanjangkan umur krn jantung abah x bergerak aktif, abah masih lg kritikal & koma, aku teringat yg aku ader jnji dgn abah utk mandikan dia, aku amik air zamzam & sapukan kat muka abah, aku lihat abah mengalirkan airmata seolah2 dia tau yg aku ada disisi nya, sungguh2 aku terharu ms tuh, kemudian kami bergilir2 bacakan Yassin utk nya, dgn harapan semoga Allah sembuhkan abah
(rabu, 04/06/2003, 6.00 am) aku solat subuh & solat hajat semoga Allah pnjgkan umur abah, pastuh aku x putus2 bacakan Yassin utk abah
(rabu, 04/06/2003, 8.10 am) semasa aku baca ayat terakhir surah Yassin tuh, abg n angah menjerit panggil aku sambil menangis semahu2nya, abah sudah pg meninggalkan kami, abah sudah tiada lagi, kami redha dgn pemergiannya w/pun hati kami berat utk melepaskannya
(rabu, 04/06/2003, 11 am) abah dimandi, dikafan n disolatkan di umah yg dibina hasil titik peluhnya sendiri, tatkala azan zohor berkumandang, abah dibawa ke masjid utk disolatkan sekali lg, kemudian abah dikuburkan di tanah perkuburan Mahmoodiah, sedihnya kami ketika itu hanya Allah sj la yg tahu
Semoga abah ditempatkan bersama org2 yg beriman, semoga abah aman di sana, kami sentiasa mendoakan & merinduimu selalu abah........